suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rayuan terakhir Najib dalam kes SRC disambung hari ini

RAYUAN terakhir Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengetepikan sabitan kes terhadapnya dalam penyelewengan dana RM42 juta milik Syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC) akan diadakan di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Jika rayuan tersebut gagal, bekas Perdana Menteri Malaysia keenam itu bakal berdepan 12 tahun penjara dan denda RM210 juta.

Seawal 8.30 pagi, penyokong Najib berkumpul beramai-ramai di luar Istana Kehakiman. Kebanyakannya berpakaian hitam, beberapa penyokong kedengaran melaungkan "Hidup Bossku!"

ARTIKEL BERKAITAN: Kes seleweng dana SRC: Najib tetap didapati bersalah, hukuman 12 tahun penjara dan denda kekal

Najib tiba di Mahkamah Persekutuan pada 9.20 pagi dan sempat melambai kepada petugas media.

Pada 9.28 pagi, Najib dilihat duduk di galeri awam di dalam Mahkamah Persekutuan.

Dia dilihat sedang membaca beberapa dokumen sambil ditemani anaknya, Mohd Nizar. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain