suria

Wedding planner demam 3 hari tengok baju sewa dipulangkan pengantin, kotor melampau... tertanya photoshoot di mana?

Keadaan busana yang dipulangkan semula tidak menyenangkan hati Zamri

BANYAK dugaan dan rintangan harus ditempuh setiap insan yang bekerja dalam usaha mencari rezeki.

Tidak terkecuali jejaka ini, Zamri Badaruddin, 34, apabila terpaksa berdepan dengan situasi tragik setelah 12 tahun menyediakan khidmat sebagai perancang perkahwinan di Sungai Buloh, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: “Datang raikan pengantin, bukan timbulkan tragedi” - Pesanan ‘makan dalam’ wedding planner buat ibu bapa bawa anak ke majlis kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Padah nak gambar meletop punya pasal... baju pengantin lencun, duit melayang, “Habis banjir laluan ke bilik hotel, sampai bomba datang”

Mesra disapa Zamri, dia kesal apabila ada pelanggan memasukkan pakaian pengantin wanita yang disewa ke dalam plastik sampah semasa memulangkan busana itu kepadanya.

“Saya buat bridal ni dah 12 tahun, dulu saya letak barang sewa di rumah di Damansara je. Tapi sejak tahun lepas saya pindah barang pelamin dan buka butik di Sungai Buloh.

“Saya dapat satu job pengantin, majlisnya 5 Februari. Jadi bila majlis selesai, pengantin suruh saya datang cabut pelamin pukul 7 malam.

“Saya dengan pekerja yang lain datang nak kemas barang. Baju pengantin lelaki ada atas kerusi di pelamin, tapi baju perempuan ada dalam bungkusan plastik sampah, atas lantai depan pelamin,” ujarnya

Menurut jejaka yang berasal dari Taiping, Perak ini, busana pengantin yang disewakan ketika itu telah diterima semula dengan keadaan yang tragik.



Tangkap layar perkongsian jejaka ini di TikTok mengenai keadaan baju yang dipulangkan pengantin.

Dakwanya lagi, keadaan baju yang dipulangkan penuh dengan kesan tompokan minyak dan lumpur sehingga kotoran tersebut sukar ditanggalkan.

“Bila saya buka plastik nak hantar pergi cuci dekat dobi, saya sedih tengok keadaan baju. Baju yang saya baru sewakan sekali saja pada pengantin ni penuh dengan lumpur dan minyak.

“Mungkin dia pergi photoshoot outdoor gambar kahwin dekat kawasan lain. Tapi setahu saya di Sungai Buloh ni banyak kawasan jalan sudah berturap.

Saya tak minta pun customer basuh baju mereka sewa. Saya cuma minta jaga jangan sampai rosak saja.

ZAMRI

“Paling tak boleh terima bila pekerja kedai dobi di situ beritahu minyak pada kain tu susah nak tanggal. Sedih betul saya kena macam ni sampai tiga hari demam lepas kejadian tu,” ujarnya.

Jelasnya lagi, baju yang disewakan kepada pengantin ini merupakan baju ‘custom made’ dan rekaan khas seperti permintaan daripada pelanggan itu sendiri.

Tambah anak kelima daripada lapan beradik ini, kos yang dihabiskan untuk baju yang direka khas adalah lebih kurang RM3,000.

Namun menurut Zamri yang telah berkecimpung dalam bidang ini selama 12 tahun, ini merupakan pengalaman paling buruk dihadapi sepanjang kerjayanya.



Zamri turut menjelaskan setiap sangkaan dan kenyataan yang diberikan oleh warganet.

“Silap saya tak ambil deposit sewa baju. Tak pernah lagi ada masalah macam ni sebelum ni. Selalunya kalau kotor pun saya boleh basuh tak ada masalah pun. Tapi kotor baju yang ni agak melampau, saya tak boleh terima.

“Saya sewakan pelamin, masing-masing sepasang baju untuk lelaki dan perempuan serta aksesori semuanya RM2,500. Bagi saya harga tu dah cukup murah tapi bila dah murah, saya pula kena macam ni.

“Saya tak minta pun customer basuh baju mereka sewa. Saya cuma minta jaga jangan sampai rosak saja. Kena ingatlah semua tu sewaan bukan hak milik,” jelasnya lagi.

Berikutan video yang tular di Tiktok, Zamri menerima banyak komen positif oleh netizen kepadanya.



Zamri juga menjawab soalan dan kecaman yang diterimanya setelah video menjadi tular.

Jelas Zamri, tujuannya memuat naik video tersebut bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi sebagai peringatan kepada bakal-bakal pengantin lain.

Malah video tersebut bertujuan supaya mereka lebih beringat supaya wedding planner tidak menanggung kerugian disebabkan kecuaian atau sikap sambil lewa pelanggan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain