suria

Kes harian Covid-19 menurun ke 13,104

SEORANG petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19 terhadap penduduk. - AGENSI

KES harian Covid-19 terus menunjukkan penurunan apabila merekodkan 13,104 kes baharu pada Ahad, berbanding 13,899 kes pada, semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,198,235 kes setakat ini.

Sarawak kembali mencatatkan peningkatan kepada 2,943 kes, berbanding hanya 2,712 kes direkodkan semalam.

Empat lagi negeri yang merekodkan jumlah kes empat angka adalah Selangor dengan 1,558 kes, diikuti Johor (1,455), Kelantan (1,206) dan Sabah (1,078).

Perak pula merekodkan 994 kes baharu, disusuli Pulau Pinang (955), Kedah (721), Terengganu (685), Pahang (604), Melaka (362), Kuala Lumpur (270) dan Negeri Sembilan (165).

Sementara itu, Perlis mencatatkan pertambahan 80 kes baharu, Putrajaya (24) dan Labuan (4).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

covid, kkm, kes harian

Artikel Lain