Ini Petua Berhenti Merokok Sempena Ramadan - Rencana | mStar

Ini Petua Berhenti Merokok Sempena Ramadan

GAMBAR HIASAN

RAMADAN adalah masa terbaik untuk perokok berhenti merokok, khususnya bagi mereka yang beragama Islam.

Ini kerana seseorang yang menjalani ibadah puasa lebih bersemangat dari segi rohani, kata pakar berhenti merokok, Swinder Jit Jag Singh.

Beliau yang lebih mesra disapa sebagai Sister Swinder berkata, amalan berpuasa, iaitu tidak makan dan minum, turut memudahkan perokok untuk menghindari rokok kerana golongan ini biasanya merokok selepas makan.

"Cuma ketika selepas berbuka biasanya mereka akan merokok balik.

"Jadi, kali ini, saya nasihatkan pada yang nak berhenti merokok, lepas makan jangan ambil rokok, terus saja ''lari'' pergi masjid atau surau.

"Sibukkan diri dengan aktiviti di masjid, ''pray'' banyak-banyak, jadi semangat you pun akan kuat," nasihat beliau

Sister Swinder percaya jika seseorang itu mempunyai kekuatan untuk berpuasa, beliau turut memiliki ''will power'' atau keazaman yang cukup untuk terus berhenti merokok.

Beliau juga percaya cara terbaik untuk berhenti ialah secara serta merta atau ''cold turkey''.

"Saya syiorkan berhenti terus, kerana berdasarkan pengalaman saya sebagai kaunselor berhenti merokok selama 23 tahun, memang cara ini lebih berjaya.

"Kalau cara berhenti sikit-sikit, maksudnya cuba kurangkan pengambilan rokok sedikit demi sedikit, jarang berkesan di kalangan pesakit saya," katanya yang kini mengetuai Klinik Berhenti Merokok Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) di Kuala Lumpur.

Menurut Sister Swinder, mereka yang cuba berhenti secara sedikit demi sedikit biasanya akan berjaya mengurangkan rokok untuk satu tempoh tertentu sahaja, tetapi kemudian pengambilan rokok mereka akan meningkat semula.

"Graf (pengambilan rokok) mereka macam ombak, turun naik, turun naik, tetapi tak pernah betul-betul berhenti.

"Sebab itulah siapa yang datang jumpa saya, saya akan suruh mereka berhenti serta merta.

"Kalau sikit-sikit begini membazir ubat," katanya kepada Bernama.

Jelasnya lagi, mereka yang datang ke klinik beliau akan dijelaskan mengenai simptom-simptom akibat berhenti merokok atau ''withdrawal symptoms" seperti batuk, selsema dan sakit kepala, supaya mereka dapat bersedia untuk menghadapi kesan-kesan itu.

Setelah membaca dan menandatangani ikrar berhenti merokok, mereka akan turut dibekalkan dengan ubat atau NRT (nicotine replacement treatment) dalam bentuk pelekat atau gula-gula getah.

"Mengikut pengalaman saya, kalau pada bulan Ramadan, ramai daripada mereka beritahu kita yang mereka tak perlukan ubat.

"Biasanya dalam bulan puasa ini semangat mereka, ''will power'', lebih kuat, oleh sebab itu pada sesiapa yang nak berhenti merokok itu ambil peluang, berhenti sahaja sekarang!" tegasnya.

KLINIIK BERHENTI MEROKOK

Menurut NSCM sekurang-kurangnya 20,000 rakyat Malaysia meninggal dunia akibat penyakit berkaitan rokok setiap tahun, seperti kanser paru-paru, 13 jenis kanser lain, penyakit jantung, darah tinggi dan diabetes.

Persatuan itu melancarkan klinik Berhenti Merokok yang pertama di ibu pejabatnya di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur, pada Februari tahun lepas.

Usaha itu bertujuan membantu rakyat Malaysia menghentikan ketagihan pada rokok dan tembakau, di samping mengurangkan kadar penyakit, khususnya kanser, dan kematian berkaitan penggunaan tembakau di negara ini.

Sehingga kini klinik berkenaan telah merawat 22 perokok dengan lebih separuh daripada mereka telah berjaya berhenti merokok.

Mereka yang berminat boleh menghubungi NSCM menerusi emel swinder@cancer.org.my, atau telefon 03-2698 7350.

Klinik dibuka pada Selasa dan Jumaat, dari pukul 8.30 pagi hingga 3.30 petang.

Ramadan , Rokok

Artikel Sebelum

Status #DoneTerawih Undang Fitnah?

Artikel Berikut

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.