suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Curi telefon milik pelancong, monyet rakam video sambil selfie

Aksi melucukan seekor monyet tular di aplikasi TikTok.

SEORANG pelancong memuat naik video memaparkan seekor monyet yang merampas telefon bimbitnya sebelum merakam swafoto.  

Kejadian melibatkan TikToker Perancis itu berlaku ketika dia berada di Phuket, Thailand pada 28 Februari.

Monyet itu sempat merakam wajahnya serta suasana sekitar ketika ia melarikan diri sambil membawa telefon ke atas pokok.

Bagaimanapun, pelancong wanita itu berjaya mendapatkan semula peranti itu atas bantuan tiga penduduk tempatan.

Pelancong itu juga kelihatan terduduk sambil ketawa selepas berjaya mendapatkan semula telefon miliknya.

Rakaman kejadian itu tular selepas ia dikongsi ke aplikasi TikTok oleh pelancong berkenaan. - Agensi.

 

Artikel Lain