suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar maut ditembak polis, mangsa tiada rekod buruk di sekolah

Pelajar maut dipercayai ditembak polis. -Gambar hiasan

POLIS menahan anggotanya yang didakwa melepaskan dua das tembakan terhadap tiga pelajar sebuah sekolah.

Kejadian berlaku di sebuah sekolah menengah di Jalan Simongan Semarang, Jawa Tengah di Indonesia.

Selain polis berkenaan, empat lagi suspek yang terlibat ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Tembakan yang dilepaskan oleh anggota badan beruniform itu menyebabkan seorang pelajar meninggal dunia.

Menurut pihak sekolah, mangsa yang maut terkenal dengan prestasi baik, disiplin tinggi dan tidak mempunyai rekod buruk di sekolah.

Selain mangsa, dua lagi rakan pelajar itu cedera ditembak oleh anggota polis dan sedang menerima rawatan di Hospital Kariadi Semarang. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain