KEBANYAKAN peniaga Melayu gemar menggantung potret individu yang dianggap sebagai ‘pembawa rezeki’ atau pelaris jualan di gerai dan premis mereka. Amalan sama turut dilakukan seorang usahawan di London yang menggantung imej seorang kanak-kanak perempuan berambut pendek yang berwarna perang sedang mengenakan baju merah. Bagaimanapun, bukan ‘rezeki’ yang dibawa masuk, sebaliknya premis dilanda banir kilat sebanyak dua kali. Berkongsi pengalaman, James Kislingbury dari London Bridge Experience berkata, situasi tersebut tidak pernah dialaminya sebelum ini. "Dalam perjalanan pulang saya menghadapi masalah dengan kereta, enjin hidup tetapi radio tidak berfungsi dan telefon juga tiada sambungan. "Kami mengeluarkan lukisan yang dibalut dengan kertas dan kadbod dari kereta... terdapat titisan air di dahinya, apa yang pelik adalah air tidak mengalir. London Bridge Experience merupakan lokasi pelancongan. -Gambar Daily Mail “Dalam masa beberapa hari, kami mendapat laporan daripada kakitangan bahawa mereka mendengar bunyi tapak kaki mengikut mereka menuruni tangga. Itu berlaku kepada saya pada satu ketika,” katanya. Perkara pelik lain termasuk televisyen, kamera dan wi-fi di London Bridge Experience dimatikan secara rawak. Apabila James membawa pulang potret itu, bapa mertuanya jatuh sakit dan mesin basuh pinggan mangkuk serta pembakar rotinya meletup. Sebelum ini, potret tersebut di sebuah kedai amal di East Sussex dengan ungkapan “Dia sudah kembali!!! Dijual dua kali dan dikembalikan dua kali! Adakah awak cukup berani?” Ia berikutan seseorang yang membelinya pada bulan Ogos mengembalikannya ke kedai Pusat Nasihat dan Perwakilan Hastings selepas hanya satu malam. Pemilik seterusnya berkata dia dikejar oleh figura hitam hantu selepas membawa pulang lukisan potret berkenaan. Kini tempat pelancongan itu telah dibanjiri dua kali, lapor Daily Mail. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube