suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abang buat 'scene' di majlis kahwin, menangis adik nikah dulu... Tetamu tumpang bersedih

Momen sedih dirakamkan apabila seorang abang melihat adik perempuannya kahwin terlebih dahulu.

AIR mata jantan berguguran untuk adik yang satu ini!

Tular di Indonesia baru-baru ini apabila seorang lelaki menangis teresak-esak kerana berat hendak melepaskan adik perempuannya.

Mana tidaknya, adik perempuannya yang dijaga sejak kecil itu kini sudah meningkat dewasa dan bakal mempunyai teman sehidup semati yang baharu.

Menerusi video yang dirakamkan, lelaki itu dilihat memeluk erat adik perempuanya ketika bersanding di Banjarwangi, Garut Kota, Jawa Barat.

Para tetamu juga turut bersedih apabila melihat lelaki itu menitiskan air matanya.

Video yang dimuat naik oleh penyelia majlis tersebut mendapat perhatian warga maya yang turut terharu dengan momen itu.

Sebelum akad nikah dijalankan, turut kelihatan lelaki itu membelai dan mengusap kepala adik perempuanya itu.

“Momen terharu ketika abang yang mencintai adiknya, terpaksa melepaskan untuk bernikah terlebih dahulu." - Tribunnews.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain