BARU-BARU ini tular di Indonesia, sebuah majlis perkahwinan yang bertemakan Palestin dan mempunyai rupa bentuk seperti Masjid Al-Aqsa. Kejayaan tersebut dikongsikan oleh seorang jurusolek terkenal Indonesia, @ayidh_MUA yang turut menjayakan majlis itu. Membuatkan ia lebih menarik, pelamin ‘mini’ Masjid Al-Aqsa itu mengambil masa 3 bulan untuk disiapkan. Video yang mengumpul sebanyak 615,000 tontonan itu menarik perhatian warga maya yang terpesona dengan kemewahan pernikahan tersebut. Menurut Ayidh MUA, ini adalah acara paling luar biasa yang diperlihatkan kepadanya sepanjang tahun 2023. Difahamkan majlis itu adalah untuk meraikan pasangan pengantin di Bangkalan, Madura, Jawa Timur yang bernama Ning Eva dan Gus Umam. - Detik.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube