suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terganggu bunyi tangisan ketika jawab telefon, ibu cekik anak berusia 2 tahun

Seorang ibu diberkas kerana menyebabkan kematian anak lelakinya yang berusia dua tahun. -Gambar hiasan

SEORANG wanita di negeri Jharkhand, India, bertindak mencekik leher anak lelakinya yang berusia dua tahun kerana mengganggunya ketika dia menjawab panggilan telefon.

Ketika kejadian, wanita bernama Afsana Khatoon, sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon dan anak kecilnya pula sedang menangis.

Bapa mentua Afsana, Rojan Ansari berkata, wanita itu mengurung diri di dalam bilik bersama anak bongsunya itu selepas bergaduh dengan suaminya.

Ketika dia menjawab panggilan telefon, anaknya mula menangis. Dia dilaporkan tidak menenangkan kanak-kanak itu namun mencekiknya.

Afsana hanya membuka pintu apabila dia memanggil suaminya untuk masuk tidur.

Suaminya yang mendapati anak mereka tidak sedarkan diri segera mengejarkan mangsa ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia.

Afsana diberkas dan dihantar ke penjara namun mendakwa dia tidak berniat untuk membunuh anaknya.

Ketika mangsa menangis, dia menolak anaknya jatuh dari katil sehingga tidak sedarkan diri.

Mayat kanak-kanak malang itu dihantar untuk bedah siasat dan siasatan lanjut sedang dijalankan. -Indiatoday

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain