suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagi kes buli di sekolah, pelajar lelaki dipaksa makan najis... Polis kenal pasti pelaku

Perbuatan buli boleh menyebabkan mangsa mengalami trauma untuk ke sekolah. -Gambar hiasan

DIPAKSA makan najis!

Kedengaran tidak masuk akal, namun itulah situasi yang terpaksa dihadapi seorang mangsa buli di Sekolah Menengah Longyan Qiaoyu di bandar Longyan, China.

Rakaman yang tersebar menunjukkan pelajar lelaki itu dipaksa mencelup jarinya ke dalam najis.

Dia kemudiannya dipaksa memasukkan jari yang kotor itu ke dalam mulut.

Lebih keji, kumpulan pembuli itu turut memaksa pelajar berkenaan membuat aksi yang sama beberapa kali.

ARTIKEL BERKAITAN: Ditumbuk hingga sesak nafas, dipijak sampai pengsan... Remaja longlai ‘dikerjakan’ 3 pelajar di sekolahnya

Dalam pada itu, polis mengesahkan telah mengenal pasti kumpulan pembuli itu selepas rakaman berkenaan tular menerusi laman Weibo.

Raa-rata netizen turut menyelar tindakan pembuli dan menggesa agar kumpulan pelajar itu dikenakan hukuman keras.

Malah, ada netizen yang turut menyarankan agar kumpulan pembuli itu dimasukkan ke penjara. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain