suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Puluhan doktor di Israel tandatangan petisyen gesa IDF bom hospital di Gaza

Hospital turut menjadi sasaran pengeboman tentera Israel. -Gambar AlQuds

PULUHAN doktor Israel menggesa Pasukan Pertahanan Israel (IDF) untuk mengebom hospital di Gaza, mengatakan rakyat wilayah tersebut telah 'membawa pemusnahan ke atas diri mereka sendiri' dengan membenarkan hospital menjadi 'sarang pengganas'.

Menerusi surat yang ditandatangani oleh puluhan doktor berkenaan, ia menyatakan bahawa 'disebabkan oleh syak wasangka aktiviti pengganas, hospital adalah sasaran yang sah untuk dimusnahkan'.

Mereka mendakwa bahawa ambulans yang memindahkan pesakit ke selatan untuk rawatan di tempat lain adalah disebabkan oleh diri mereka sendiri.

Surat berkenaan yang ditulis dalam bahasa Hebrew, menggunakan istilah 'ular', 'tebuan' dan 'sarang pengganas' untuk menggambarkan sifat tidak berperikemanusiaan 'musuh'.

Surat asal dengan nama serta tandatangan awal sembilan orang doktor, turut ditandatangani oleh 83 doktor yang lain dan telah diedarkan oleh pelbagai laman web Yahudi Ortodoks.

Tentera Israel sebelum ini telah menyasarkan ambulans dan hospital, melakukan banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Gaza, dengan menyaksikan jumlah kematian melebihi 9,500 setakat ini. - AlQuds

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain