suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Elon Musk hina Mark Zuckerberg, cadang pertandingan ukur zakar dalam ciapan kontroversi di Twitter... Siap guna emoji pembaris

Elon (kiri) membuat ciapan menghina Zuckerberg (kanan) selepas laman sosial Threads meraih 100 juta pengguna.

ELON Musk nampaknya tidak berpuas hati apabila laman sosial pesaing Twitter iaitu Threads yang dibangunkan oleh Mark Zuckerberg mengumpul lebih 100 juta pengguna dalam masa singkat.

Terbaharu, Musk membuat ciapan kontroversi di Twitter apabila dia mengajak Zuckerberg untuk mengukur saiz zakar mereka.

"Zuck lelaki lemah. Saya cadangkan pertandingan mengukur zakar," ciapnya sambil menyertakan emoji pembaris.

Terdahulu, Zuckerberg pada Isnin pagi mengesahkan laman sosial terbaharu itu berjaya mengumpul 100 juta pengguna.

"100 juta pendaftaran Threads sejak hujung minggu. Ianya berlaku secara organik dan kami masih belum membuat sebarang promosi.

"Sukar nak percaya baru lima hari," ujarnya.

Lebih membanggakan, lima juta individu mendaftar akaun Threads dalam tempoh lima jam pertama ia dilancarkan.

Tersedia di lebih 100 negara, Meta yang dimiliki Zuckerberg mengumumkan banyak fungsi baharu Threads akan dilancarkan dalam masa terdekat. - Complex.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain