suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Derita sakit beberapa hari, rupanya larva lalat ‘bersarang’ dalam mata!

Doktor mengeluarkan larva lalat dari dalam mata kanak-kanak tersebut.

RASA sakit pada mata yang dialami oleh seorang kanak-kanak lelaki akhirnya terbongkar apabila doktor menemukan ulat di dalam organ tersebut.

Kanak-kanak berusia 10 tahun dari bandar Tatvan di Turki, pada mulanya mengadu berasa tidak selesa dan sakit pada matanya.

Beberapa hari kemudian apabila keadaan masih tidak berubah, ibu bapa kanak-kanak tersebut membawanya ke hospital pakar mata untuk menjalani pemeriksaan.

Alangkah terkejutnya apabila doktor menemukan lapan larva lalat hidup di bahagian bawah mata kiri budak tersebut, diikuti tiga lagi pada hari berikutnya.

Pakar oftalmologi, Dr Halil İbrahim Ateşoğlu berkata, dia percaya serangga itu membiak di dalam mata kanak-kanak tersebut selepas dihinggapi lalat dewasa.

Selepas serangga itu dibuang, kanak-kanak tersebut diberi titisan antibiotik dan dibenarkan pulang.

Kejadian itu bukanlah kali pertama larva lalat membiak di dalam mata manusia. -Dailystar

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain