suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Curiga bentuk tubuh kelihatan aneh, pegawai kastam tahan wanita... Rupanya sorok 5 ekor ular hidup dalam baju!

Wanita berkenaan menyorokkan lima ekor ular jagung di bahagian dadanya. -Gambar Twitter

PELBAGAI cara yang dilakukan oleh segelintir individu untuk menyeludup barang yang dilarang ketika menaiki pengangkutan awam ataupun persendirian untuk melepasi sempadan.

Dalam satu kes yang mengejutkan, seorang wanita ditahan kerana cuba menyeludup lima ekor ular di dalam bajunya.

Wanita itu ditangkap oleh pegawai kastam di wilayah Guangdong, China ketika menyeberangi sempadan di Pelabuhan Futian di Shenzhen.

Beberapa pegawai di sempadan curiga kerana bentuk tubuh wanita tersebut begitu pelik lalu mengarahkannya menjalani pemeriksaan badan secara menyeluruh.

Ketika menjalani pemeriksaan, mereka menemui lima ekor ular hidup yang dibalut dengan stoking yang disorokkan di bahagian dada wanita berkenaan.

Kesemua reptilia itu diserahkan telah diserahkan kepada jabatan yang berkaitan.

Difahamkan, reptilia yang cuba diseludup oleh wanita berkenaan adalah ular jagung (corn snake). -India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain