suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baru kahwin sehari, isteri dicerai kerana enggan buat hubungan seks dengan suami

Hubungan intim merupakan antara elemen penting dalam rumah tangga. -Gambar hiasan

SEORANG wanita mendakwa diceraikan suaminya dalam tempoh 24 jam selepas mereka mendirikan rumah tangga.

Menggelarkan dirinya sebagai Rachel, wanita itu berkata dia diceraikan kerana enggan menuruti perintah suaminya untuk melakukan hubungan seksual.

Jelasnya, dia menolak permintaan lelaki itu kerana masih penat selepas seharian melayan tetamu di majlis perkahwinan mereka.

"Saya dengar ramai je pasangan yang tidak melakukan hubungan seks pada hari pertama mereka kahwin kerana masih penat.

"Lelaki sangat teruk dan menjijikkan," ujar Rachel.

Tambah wanita itu, dia dan bekas suaminya akhirnya bercerai secara rasmi selepas dua minggu mereka mendirikan rumah tangga.

Dia berkongsi hal itu ketika menghubungi penyampai radio, Abbie Cahtfield menerusi program Hot Night, baru-baru ini. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain