suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak kisah hidup membujang, nenek bercita-cita jadi Barbie... Hias rumah tema merah jambu

Dena menghias kediamannya dengan tema Barbie. -Gambar Dailymail

TERLALU obses dengan karakter Barbie, seorang nenek menghias seluruh kediamannya bertemakan warna merah jambu malah tidak segan bergaya seperti karakter anak patung terkenal itu.

Dena Daniels dari Fort Smith, Arkansas berkata, Barbie adalah anak patung kegemarannya semasa kecil dan mendedahkan dirinya pernah dibuli oleh kanak-kanak lain kerana 'terlalu tua'.

Pada usia 54 tahun, Dena berkata dia memilih untuk merealisasikan impiannya dan enggan mempedulikan pandangan orang lain.

Malah wanita ini juga mendedahkan, dia lebih rela hidup bersendirian kerana mahu membahagiakan diri sendiri dengan apa yang dilakukannya.

"Saya pilih untuk tidak mempunyai suami. Dengan ini, saya bebas melakukan apa yang saya suka.

"Sebenarnya apabila saya berpindah ke rumah itu, saya sedang berpacaran dengan seseorang tetapi memutuskan untuk tidak meneruskan hubungan dan tinggal bersamanya di rumah tersebut.

"Bukannya mereka (lelaki) tak boleh terima, tapi saya yang tidak mahu mereka di sini," ujarnya lagi. -Dailymail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain