suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih 30 juta guna Threads, tiba-tiba Twitter ancam saman Meta

Logo Threads milik Meta (kiri) dan logo Twitter (kanan). -Gambar Reuters

TWITTER mengancam untuk menyaman Meta susulan pelancaran platform Threads oleh syarikat induk Instagram itu.

Aplikasi Threads yang dilancarkan Meta pada Rabu lalu berjaya menarik perhatian lebih 30 juta pengguna.

Surat saman tersebut dihantar oleh peguam lantikan Twitter, Alex Spiro kepada Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg.

Menurut laporal portal berita Semafor, Spiro, dalam suratnya, mendakwa Meta mengupah bekas pekerja Twitter yang mempunyai akses terus kepada rahsia perdagangan Twitter dan maklumat sulit lain.

"Twitter berhasrat untuk menguatkuasakan hak harta inteleknya dengan ketat, dan menuntut Meta mengambil langkah segera untuk berhenti menggunakan sebarang rahsia perdagangan Twitter atau maklumat sulit lain," tulis Spiro dalam surat tersebut.

Jurucakap Meta, Andy Stone dalam catatan Threads pula berkata, tiada sesiapa dalam pasukan kejuruteraan Threads adalah bekas pekerja Twitter.

Seorang bekas pekerja kanan Twitter memberitahu Reuters bahawa mereka tidak mengetahui mana-mana bekas kakitangan yang bekerja di Threads, mahupun mana-mana kakitangan kanan yang bekerja di Meta.

Sementara itu, pemilik Twitter, Elon Musk berkata: "Persaingan adalah baik, namun bukan peniruan," sebagai respons terhadap isu hak cipta kedua-dua platform tersebut.

Meta memiliki Instagram dan juga Facebook.

Bagaimanapun, Threads tidak menyokong carian kata kunci atau mesej secara langsung. - Reuters

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain