suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penerbangan ditunda 3 jam, wanita berkeras mahu keluar pesawat... Cemas lihat penumpang ‘bukan manusia’

Wanita itu mendakwa wujud seorang penumpang bukan manusia dalam pesawat dinaikinya.

JADUAL penerbangan sebuah pesawat dari Texas ke Florida tergendala tiga jam gara-gara seorang penumpang wanita yang tiba-tiba menjerit di dalam ruangan kabin.

Menerusi video tular, wanita itu kelihatan cemas dan hampir menangis ketika dia berdiri di laluan tengah antara kerusi dalam pesawat berkenaan.

Menurut wanita itu, dia mahu menarik diri daripada penerbangan berkenaan kerana wujud penumpang yang didakwa bukan manusia sebenar.

Malah, para penumpang yang lain turut berpaling ketika wanita itu menghalakan tangannya ke arah belakang pesawat.

Namun, beberapa penumpang lain dilihat tidak menghiraukan aksi wanita berkenaan.

Menurut pemilik video, semua penumpang diarah keluar sebelum mereka berlepas semula tiga jam kemudian.

Malah, wanita yang mengamuk itu juga tidak ditahan memandangkan dia tidak melakukan apa-apa kesalahan dan hanya mahu menarik diri daripada penerbangan sebelum pesawat berlepas. - KLAQ.Com.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain