suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Datuk bandar kahwini buaya betina...‘Pengantin perempuan’ siap pakai gaun putih

Victor Hugo Sosa mengahwini buaya dari spesies caiman yang dinamakan Alicia Adriana.

SEORANG datuk bandar di Mexico mengahwini seekor buaya betina dalam upacara tradisional yang dipercayai bagi membawa tuah kepada penduduk.

Victor Hugo Sosa mengahwini buaya dari spesies caiman yang dinamakan Alicia Adriana.

Masyarakat orang asli Chontal di Oaxaca, selatan Mexico, menggelar reptilia tersebut sebagai 'gadis puteri'.

"Saya menerima tanggungjawab kerana kami saling menyayangi. Itu yang penting.

"Anda tidak boleh berkahwin tanpa cinta," kata datuk bandar itu.

Dia turut mencium kepala reptilia itu yang dipakaikan dengan gaun rona putih.

Perkahwinan antara lelaki dan buaya caiman betina diadakan di kawasan itu selama 230 tahun sebagai ritual untuk memperingati perdamaian antara puak pribumi. -Sky.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain