suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasangan kekasih tak berhati perut... Cekik bayi berusia 4 hari hingga mati, kemudian tanam

Pihak berkuasa melakukan siasatan berhampiran lokasi mayat bayi malang itu ditanam. -Gambar Yonhap News

SEPASANG kekasih berdepan dengan tuduhan membunuh bayi mereka yang baru lahir dengan cara mencekik sebelum menanam mayat mangsa.

Menurut laporan, pasangan berkenaan yang berasal dari wilayah Gyeongsang Selatan, Geoje, Korea Selatan, melakukan jenayah berkenaan pada 9 September tahun lalu.

Apa yang lebih menyayat hati, mereka tergamak mencekik si kecil yang baru berusia empat hari itu sehingga mati, sebelum menanam mayat bayi malang itu di kawasan bukit.

Pasangan itu pada mulanya mendakwa mereka mendapati bayi tersebut sudah tidak bernyawa pada pagi 9 September dan menanam mayatnya di atas bukit pada hari berikutnya.

Susulan keterangan tersebut, polis melakukan penyiasatan namun tidak menemui jasad bayi di lokasi yang dimaksudkan.

Bagaimanapun suspek lelaki yang juga bapa kepada bayi malang tersebut mengaku membunuh dan meninggalkan jasadnya di sungai, sekaligus mendorong pihak polis melakukan operasi pencarian di kawasan berkenaan.

Pasangan berkenaan, iaitu suspek wanita berusia 30-an dan pasangannya berusia 20-an ditahan atas tuduhan melakukan pembunuhan. -World.KBS

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain