suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nikah depan jenazah ibu, pengantin berjurai air mata

Majlis akad nikah di hadapan keranda. -Gambar instagram.com / indotoday

TULAR satu video di media sosial menunjukkan pasangan pengantin bernikah di hadapan jenazah ibunya.

Kelihatan pengantin perempuan keluar dari bilik dan diiringi keluarga.

Dalam persalinan gaun putih, pengantin perempuan tidak dapat menahan tangisan.

Sementara itu, meka akad nikah sudah tersedia di ruang tamu rumah, berhadapan sebuah keranda hijau.

Dia kemudian diminta untuk menandatangani surat nikah, juga dilakukan di hadapan jenazah.

Pengantin itu diangkat semula setelah majlis akad nikah disempurnakan.

Kejadian dipercayai berlaku di Indonesia, dan difahamkan pernikahan yang dijadualkan dua minggu lagi disegerakan.

Setakat ini, tiada butiran lanjut berhubung insiden tersebut. - Serambi News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain