suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar dipenjara 6 tahun kerana rogol wanita mabuk... Sanggup dukung mangsa ke bilik, mengaku tak pakai kondom!

Vikal dijatuhkan hukuman penjara selepas didapati bersalah merogol seorang wanita.

SEORANG pelajar India dijatuhkan hukuman penjara enam tahun sembilan bulan atas kesalahan merogol seorang wanita mabuk di Cardiff, United Kingdom (UK) pada Jun tahun lalu.

Pelajar kejuruteraan itu, Preet Vikal, 20, membawa mangsa ke biliknya selepas mereka bertemu di luar sebuah kelab.

Pendakwaraya Matthew Cobbe berkata, Vikal dan mangsa yang tidak mengenali antara satu sama lain keluar bersama kumpulan rakan yang berasingan.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dia dilihat mendukung wanita berkenaan yang sedang mabuk ke biliknya sebelum bertindak merogol mangsa.

Pelaku turut merakam foto wanita itu sebelum menyerangnya di atas katil, lapor The Daily Mail.

Lebih keji, Vikal menghantar gambar itu kepada rakannya pada hari itu dan mengakui dia "terlupa" menggunakan kondom.

Selepas mengetahui apa yang telah berlaku, wanita itu menghubungi polis dan pelaku ditangkap pada hari yang sama. - India Today

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain