suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kokpit dirempuh burung gergasi, juruterbang tetap ‘cool’ kendali pesawat hingga selamat mendarat

Wajah Ariel berlumuran darah selepas kokpit pesawat dirempuh seekor burung gergasi. -Gambar Twitter

SEORANG juruterbang sempat merakamkan detik cemas apabila pesawat yang dikendalikannya dirempuh seekor burung gergasi di udara.

Menerusi rakaman yang dibuat oleh juruterbang bernama Ariel Valiente, haiwan tersebut dilihat merempuh cermin kokpit sehingga kaca di bahagian berkenaan pecah.

Turut kelihatan di dalam rakaman itu adalah kaki burung gergasi yang merempuh kokpit pesawatnya, dipercayai spesies Andean Condor.

Malah wajah dan pakaian seragamnya turut berlumuran darah akibat 'serangan' haiwan berkenaan.

Sekalipun cedera dan pandangan matanya sedikit terjejas kerana berlumuran darah, Ariel kelihatan tenang dan meneruskan penerbangannya seperti biasa.

Pesawat yang dikendalikannya dilaporkan mendarat dengan selamat.

Sekadar maklumat tambahan, baka burung Andean Condor boleh membesar sehingga 10 kaki lebar, dan dianggarkan mempunyai berat purata sekitar tujuh hingga 15 kilogram (kg). -Dailystar

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain