suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lempar anjing ke dalam sungai untuk jadi santapan buaya sambil ketawa, 2 lelaki diburu polis

Tangkap layar memaparkan dua lelaki melempar seekor anjing ke dalam sungai. -Gambar media sosial

TIDAK berhati perut!

Itulah ungkapan sesuai bagi menggambarkan tindakan dua lelaki yang bertindak melempar seekor anjing ke dalam sungai untuk dimakan buaya.

Menerusi video berdurasi sekitar 29 saat itu, kelihatan dua orang lelaki tersebut menangkap seekor anjing di tepi jalan, sebelum menghayun dan melempar haiwan itu ke dalam sungai.

Kelihatan anjing tersebut terkapai-kapai seketika di tengah sungai, malah cuba menyelamatkan diri ketika diserang buaya.

Apa yang lebih kejam, kedua-dua lelaki itu dan rakan mereka hanya ketawa dan bersorak melihat kejadian tersebut.

Video tersebut kini tular di platform Twitter, Instagram dan juga Tiktok, dengan rata-rata warga maya mengecam perlakuan kejam kedua-dua lelaki berkenaan.

Difahamkan, kejadian itu didakwa berlaku di daerah Sembakung, wilayah Nunukan, Kalimantan Utara.

Pengerusi Animal Defender Indonesia, Doni Herdar Tona berkata pihaknya telah mengenal pasti lokasi dan pelaku di dalam video tersebut.

Doni yang turut mengecam perbuatan kejam tersebut berkata pihaknya akan membuat laporan polis.

"Video itu menggambarkan mentaliti yang sakit, bersenang-senang dengan penderitaan makhluk lain," kata Doni.

Sementara itu, Serambinews melaporkan dua pelaku berkenaan kini diburu polis. -Tribunnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain