suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita kantoi curang berpaut pada kaki suami depan mahkamah, merayu-rayu mohon maaf

Wanita berkenaan berpaut pada kaki suaminya di depan mahkamah kerana mahu memohon maaf atas kecurangannya. Foto: Sanook

SEORANG wanita di China yang didakwa curang, merayu-rayu sambil berpaut pada kaki suaminya bagi memohon maaf di hadapan mahkamah demi menyelamatkan perkahwinan mereka.

Namun, rayuan wanita tersebut langsung tidak diendahkan kerana si suami telah berpatah arang selepas mengetahui mengenai kecurangan isterinya.

Pasangan itu berasal dari wilayah Hebei, China. Difahamkan mereka sudah bertahun-tahun bersama dan mengenali antara satu sama lain sejak menuntut di universiti.

Si suami yang hanya dikenali sebagai Pei, sering bekerja di luar kawasan dan terpaksa meninggalkan isterinya, Lan, berseorangan.

Situasi tersebut menyebabkan Lan sering kesunyian dan dia mulai berhubungan dengan lelaki lain.

Kecurangan Lan terbongkar selepas Pei memeriksa telefon bimbit wanita itu ketika dia sedang mandi.

Dia kemudian terkejut apabila menemui banyak perbualan berterusan antara isterinya dengan beberapa lelaki.

Sambil menangis teresak-esak, Lan segera meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya sambil berjanji untuk menjadi lebih baik.

Namun, Lan sekali lagi kantoi berdua-duaan dengan lelaki lain di dalam rumah mereka oleh suaminya.

Ia menyebabkan Pei nekad memfailkan perceraian dengan wanita berkenaan. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain