suria

Panggilan telefon penumpang MH370 gagal dikesan? Penonton dokumentari luah rasa marah

Penonton tidak berpuas hati kerana panggilan telefon misteri itu gagal dirungkai sehingga hari ini. Foto: Aviation Visuals/ Alamy/ Netflix.

DOKUMENTARI baharu mengenai kehilangan pesawat MH370 menyebabkan sebilangan penonton berang selepas ia mendedahkan bahawa panggilan daripada seorang penumpang tidak dijawab.

Dalam satu bahagian, seorang gadis mendakwa dia menerima panggilan telefon daripada ayahnya yang menaiki pesawat Malaysia Airlines itu.

Gadis itu menunjukkan panggilan masuk pada skrin telefonnya, namun ia berhenti berdering sebaik sahaja dia menjawab.

Seorang lagi waris mangsa, Jiang Hui turut bercakap tentang panggilan telefon yang aneh itu.

Hui mempunyai pengalaman yang sama, mendakwa bahawa dia telah cuba menghubungi mangsa dan juga mendapat sambungan, tetapi tiada siapa yang pernah menjawab panggilan tersebut.

Hui kemudiannya berkata pihak berkuasa mendakwa mereka tidak mempunyai teknologi untuk mengesan isyarat itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “You mungkin tiada, tapi tidak akan dilupakan” - Isteri pramugara MH370 kongsi luahan menyentuh hati, 9 tahun tanggung rindu

Penonton meluahkan reaksi marah di media sosial dan mengatakan panggilan tersebut boleh menyebabkan misteri itu diselesaikan.

Mereka turut mengkritik dokumentari tersebut kerana mengabaikan banyak butiran penting tentang kes berkenaan.

"Menonton #MH370 itu di Netflix. Saya tidak percaya bahawa mereka tidak mengesan panggilan telefon itu.

"Saya baru sahaja memulakan siri ini dan saya hanya ingin berkata, tak mungkin panggilan telefon itu boleh dibuat jika pesawat itu terhempas ke darat, atau lautan," tulis beberapa penonton.

Dokumentari Netflix itu juga mendapat kecaman kerana didakwa banyak memberi tumpuan terhadap teori konspirasi kehilangan MH370. - LAD Bible.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain