suria

Gadis cantik kutip botol terpakai raih perhatian, kadang-kadang kerja angkat tong gas

Tia mengutip botol dan plastik demi mencari rezeki untuk keluarganya.

DEMI membantu menyara keluarganya, seorang gadis cantik tidak malu untuk mengutip botol dan plastik untuk dijual.

Tidak seperti pengutip botol biasa yang sering memakai pakaian comot, gadis ini memakai pakaian bersih sehingga menarik perhatian ramai.

Dikenali sebagai Tia, dia berasal dari Garut, Jawa Barat, Indonesia.

Ramai kagum dengan semangat dan kematangannya kerana mengutamakan keluarga sedangkan rakan sebayanya masih menikmati keriangan zaman remaja.

Jika tidak bersekolah, Tia menghabiskan masanya untuk mengumpul botol atau plastik, menurut perkongsian @hary_creator di TikTok.

Menerusi satu video tular Tia dilihat mengenakan jaket putih kuning yang sedikit kotor dan topi pink.

Dia nampak malu-malu apabila dirinya dirakam. Difahamkan, bapa Tia bekerja sebagai penjaga parkir.

Setiap hari dia akan membawa troli pink untuk diletakkan botol dan juga plastik sebelum dijual.

tia2

Tia yang sinonim dengan topi pink meraih perhatian netizen menerusi TikTok.

"Cari duit dan nasi," katanya saat ditanya alasannya menjadi pengutip botol.

Tia juga adakalanya menjadi tukang angkat tong gas dengan bayaran 20,000 rupiah (RM5.80) untuk 10 hari.

Menariknya, dia memiliki wajah yang cantik dan dirasakan sesuai menjadi artis atau selebriti.

Senyumannya sangat manis. Justeru tidak hairanlah video Tia viral di TikTok dan setakat ini terdapat kira-kira enam videonya yang dimuat naik di akaun @hary_creator dan semuanya viral.

Rata-rata netizen kagum dengan diri Tia.

"Sekilas mirip Marshanda.

"Mukanya itu manis ya Allah angkat darjat anak ini.

"Semoga ada produser yang mahu angkat adik ini jadi bintang filem.

"Kerja keras. Tak bergantung kepada orang tua seperti anak-anak seumurnya. Padahal bapa dan ibunya masih ada....semoga kau sukses nak...." demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain