suria

Kapak kepala isteri kerana cemburu, penari bogel meninggal dunia ketika jalani hukuman penjara

Richards meninggal dunia ketika menjalani hukuman penjara selepas dia mencederakan isterinya.

BEKAS ahli kumpulan penari bogel Dreamboys, David Richards ditemukan meninggal dunia di dalam sel penjara.

Pada Selasa, jurucakap HMP Lowdham Grange, Nottinghamshire, berkata: “Kami boleh mengesahkan bahawa seorang banduan meninggal dunia di HMP Lowdham Grange pada 13 Mac.

“Waris telah dimaklumkan dan kami bersimpati dengan keluarganya. Seperti semua kematian dalam tahanan, akan ada penyiasatan, oleh itu kami tidak dapat mengulas lanjut pada masa ini."

Untuk rekod, Richards, 42, dijatuhi hukuman penjara selama 27 tahun pada Januari selepas dia menyerang isterinya, Alex Alam yang berusia 32 tahun kerana cemburu melihat wanita itu bermesraan dengan seorang individu.

Richards menyerang mangsa menggunakan kapak selepas wanita itu melangkah keluar dari rumahnya di Stock, Essex, bersama anjingnya pada 3 April 2022.

Serangan itu menyebabkan mangsa mengalami keretakan tengkorak dan luka pada bahagian muka dan kulit kepala. - Yahoo News.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain