suria

Sejam penuh mendebarkan... Nelayan nyaris putus jari, gembira dapat ’tewaskan’ ikan keli gergasi

Ditchi mengambil masa sejam untuk menangkap ikan berkenaan.

SEORANG nelayan British nyaris kehilangan jari ketika dia bergelut selama sejam untuk menangkap seekor ikan keli raksasa seberat 100 kilogram (kg).

Ditch Ballard, 37, sedang memancing di tebing Sungai Ebro di Sepanyol apabila sebelum dia secara tiba-tiba diserang oleh haiwan gergasi itu.

Dari kawasan tebing, pemuda itu masuk ke dalam perahunya sebelum berlaku 'pertempuran' dengan ikan berkenaan.

Ditch berkata dia menggigil dalam suhu beku ketika bergelut untuk menewaskan ikan sepanjang 2.7 meter itu.

Namun akhirnya, dia berjaya menarik ikan berkenaan naik ke kawasan darat.

"Setiap kali ikan itu cuba melepaskan diri, saya hampir berputus asa, kerana pada masa itu tangan saya sangat sejuk.

"Akhirnya ikan keli itu muncul, dan saya berjaya menguasai rahangnya. Saya keletihan secara fizikal dan mental tetapi terpaksa memberikan satu dorongan terakhir untuk mendapatkan 'hadiah' saya.

"Ia adalah pertempuran terbesar dalam kerjaya memancing saya, yang mana saya berjaya lakukannya seorang diri," ujar Ditch.

Untuk rekod, Ditch merupakan pemilik syarikat pelancongan yang menjalankan aktiviti memancing, dikenali sebagai Ebro Mad Cats. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain