suria

Kontroversi koleksi baju bercetak kalimah Allah, Festival Fesyen Melbourne tampil mohon maaf selepas dikecam

Kalimah Allah tertera pada baju yang diperagakan seorang model.

BARU-BARU ini tular di media sosial mengenai video dan gambar model yang memperagakan persalinan bercetak kalimah Allah dalam Festival Fesyen Melbourne.

Dalam festival tersebut, jenama Not A Man's Dream telah memparagakan dua reka bentuk pakaian dengan menampilkan seorang model memakai 'jumpsuit' tanpa lengan dalam fabrik lut sinar dipenuhi tulisan Arab bertulis Allah.

Perkara tersebut dibangkitkan oleh Mona Khalifa, blogger fesyen Muslim yang menghadiri pertunjukan itu sambil menyatakan beliau 'terganggu' apabila melihat rekaan itu di depan mata.

Susulan perkongsian tersebut, perkara berkenaan mencetuskan kemarahan ramai kerana jenama tersebut seolah-olah bertindak biadap dan tidak sensitif.

kalimah Allah 2

Kenyataan permohonan maaf secara terbuka yang dimuat naik di Instagram.

Rata-rata warga maya kemudian berterima kasih kepada Mona Khalifa kerana wakili mereka bagi membangkitkan perkara tersebut.

Bagaimanapun, Festival Fesyen Melbourne pada Ahad telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka susulan isu tersbeut.

"Kami memahami busana tertentu yang diperagakan semasa penutup pertunjukan menyinggung segelintir pihak.

"Festival ini tidak berhasrat untuk tidak menghormati sesiapa dan kami memohon maaf atas sebarang kesalahan yang disebabkan," demikian antara petikan kenyataan maaf yang dimuat naik. - Arabnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain