suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lembu jantan baru lepas mengawan, tiba-tiba mengamuk serang tuan... Petani tua meninggal kena tanduk!

Mangsa meninggal dunia di sebuah ladang selepas diserang salah seekor lembu peliharaannya.

SEORANG petani di Indonesia meninggal dunia selepas ditanduk oleh seekor lembu peliharaannya.

Mangsa, Nengah Weta, 68, ditemukan maut di Desa Batuagung, Jembrana, Bali, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Jembrana, Iptu Putu Budi Santika berkata, anak mangsa membuat laporan selepas bapanya maut diserang lembu sekitar pukul 3.30 petang.

"Lembu jantan mangsa mengamuk selepas mengawan," katanya pada Rabu.

Mangsa ditemukan meninggal dunia oleh individu dikenali sebagai Sayu Kade Suenteri di ladang itu.

Menurut individu itu, dia menghubungi mangsa namun tiada jawapan.

Dia kemudian mencari mangsa, dan mendapati mangsa sudah dalam meninggal dunia.

"Berhampiran lokasi mangsa maut, lembunya masih menunggunya,” katanya lagi. - Kompas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain