suria

Aktiviti renang sambil bogel tarik 1,300 peserta, ramai teruja bergelak ketawa dalam air

Peserta berenang sambil berbogel di Sydney pada Ahad lalu. Foto: Getty.

SERAMAI 1,300 warga Australia menyertai aktiviti renang sambil bogel terbesar di dunia yang telah kembali selepas 'direhatkan' tiga tahun akibat pandemik Covid-19.

Acara yang berlangsung pada Ahad menyaksikan ribuan perenang terjun ke dalam air di luar Pantai Cobbler selepas ia dianjurkan buat kali terakhir pada tahun 2019.

Penganjur Tania Taylor berkata dia teruja apabola acara berkenaan kembali dianjurkan semula selepas seluruh dunia 'menyepi' akibat pandemik.

Acara itu dibuat untuk menggalakkan orang ramai keluar daripada zon selesa dan sentiasa yakin dengan tubuh mereka, tambah Taylor.

Acara tahun ini turut dianjurkan dengan kerjasama badan kanser dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeriksaan kanser kulit.

Bekas ahli kumpulan muzik kanak-kanak Hi-5, Casey Burgess turut menyertai acara berkenaan.

"Apabila anda berenang dengan kegembiraan bersama sekumpulan manusia, rasanya berbeza dengan berenang di dalam kolam.

"Kami semua ketawa, semua orang rasa teruja sepanjang acara," ujar Burgees. - Daily Mail.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain