suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Panjat bumbung, kemudian hentak kaki kuat-kuat... Polis bertindak pantas cekup lelaki rosakkan McLaren

Lelaki itu ditangkap polis selepas merosakkan kereta McLaren, Isnin lalu.

JURUJUAL kenderaan mewah, George Gehdu berang apabila dia mendapati seorang lelaki tidak dikenali sedang memanjat bumbung kereta McLaren miliknya, Isnin lalu.

Menurut jurujual itu, kejadian berlaku ketika dia meninggalkan keretanya di tepi jalan di Uxbridge, barat London untuk ke sebuah kedai gunting rambut.

Gehdu berkata dia melihat lelaki itu sedang menghentak bumbung keretanya sebelum pelaku berlalu pergi tanpa rasa bersalah.

Dia yang kecewa dengan tindakan lelaki itu terus menghubungi polis untuk melaporkan kejadian berkenaan.

Polis tiba di lokasi itu tidak lama kemudian sebelum mereka berjaya memberkas pelaku yang berada di kawasan berhampiran.

Gehdu turut memuat naik luahan hatinya di media sosial berhubung kejadian berkenaan.

"Saya sentiasa bekerja keras dalam hidup. Semua kemewahan ini hadir dengan usaha, bukannya percuma. Tiba-tiba ada manusia iri hati merosakkannya.

"Saya hargai sokongan anda semua. Saya berada dalam keadaan baik. Mujurlah polis datang tepat pada masanya," ujarnya. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain