suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gelandangan bertukar kacak selepas jalani makeover... Tiba-tiba nampak 15 tahun lebih muda

Joshua mengembara ke seluruh AS untuk memberi perkhidmatan gunting rambut percuma buat gelandangan.

BUKAN tak ada rupa, cuma tak ada wang!

Begitulah kisahnya mengenai seorang gelandangan yang kelihatan tidak dikenali selepas dia menjalani sesi ubah suai percuma baru-baru ini.

Proses 'makeover' lelaki gelandangan itu dibuat oleh tukang gunting rambut Amerika Syarikat (AS) Joshua Santiago yang mengembara ke seluruh negara untuk membantu golongan memerlukan.

Menerusi video yang dikongsi, Joshua memotong rambut serta mencukur jambang lelaki berkenaan sehingga dia kelihatan bersih, kemas dan jauh lebuh muda.

Rata-rata netizen turut memuji penampilan terbaharu lelaki itu yang disifatkan lebih segar dan menarik.

Malah, ada yang turut berjenaka kononnya lelaki itu kelihatan 15 tahun lebih muda berbanding rupa asal sebelum dia menjalani 'makeover' berkenaan.

Untuk rekod, Joshua telah mengembara ke seluruh AS selama tujuh tahun untuk memotong rambut secara percuma buat gelandangan melalui kedai gunting rambut bergeraknya, Empowering Cuts.

Dia juga telah berkongsi video 'makeover' percumanya di TikTok sehingga meraih lebih 300,000 pengikut di platform media sosial itu. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain