suria

Gemar tayang badan, model ‘plus size’ sering terima kecaman... Digelar ikan paus, khinzir

Chel turut disamakan dengan haiwan kerana memiliki badan gempal.

SEORANG model dan infuencer menjadi sasaran netizen gara-gara sering berkongsi foto seksi di media sosial.

Dikenali sebagai Chel, wanita berasal dari Los Angeles itu dikutuk kerana tubuhnya yang berisi, malah turut dilabel dengan macam-macam gelaran.

"Saya dah tak boleh kira, berapa kali orang panggil saya sebagai lembu, babi atau ikan paus.

"Namun saya saya cuba balas komen mereka dengan positif. Saya sedar impaknya yang mana perkara positif lebih besar berbanding yang negatif," ujar Chel yang berusia 31 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: “Orang cakap saya tak perlu buat video sebab gemuk” - Ramai followers, kecaman pun banyak... gadis berbadan ‘comel’ tak akan berhenti main TikTok

Chel yang kerap muncul di media sosial juga pernah dituduh cuba memprmosikan gaya hidup tidak sihat buat pengikutnya.

Segala cacian langsung tidak menjadi kudis, malah dia berterusan memberi pesanan kepada orang di luar sana agar sentiasa yakin dengan diri sendiri.

"Jangan menyorok. Kualiti terbaik datang dari dalam diri anda sendiri. Jika ada sesiapa membenci rupa atau berat badan anda, usah hiraukan mereka, atau jangan luang masa dengan mereka.

"Tiada sesiapa yang sempurna. Kita juga tidak boleh yakin 100 peratus sepanjang masa. Kalau rasa tak okey, mulakan balik esok. Jangan terlalu paksa diri," pesannya lagi. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain