suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bomba tendang masuk wanita cuba bunuh diri, tindakan pantas dapat pujian netizen

Tangkap layar rakaman yang tular di media sosial.

RAKAMAN memaparkan tindakan pantas seorang anggota bomba di Jepun menyelamatkan seorang wanita daripada percubaan bunuh diri tular di media sosial.

Dalam video itu, seorang wanita dilihat sedang duduk di tebing tingkap sambil kakinya terjulur keluar bangunan.

Turut kelihatan anggota bomba yang diikat dengan tali keselamatan turun dari tingkat atas sebelum menendang wanita itu dengan kakinya sehingga dia terjatuh ke dalam rumah.

"Tindakan bijak seorang anggota bomba Jepun menyelamatkan nyawa wanita yang berniat bunuh diri," tulis individu yang berkongsi video itu menerusi Twitter.

Sehingga kini, video itu meraih lebih 4 juta tontonan.

Di sebalik komen pujian atas tindakan pantas dalam menyelamatkan mangsa, ada netizen turut mempersoalkan teknik yang digunakan oleh anggota bomba.

Malah, ada yang turut berjenaka, kononnya wanita itu meninggal dunia selepas patah leher akibat ditendang bomba.

"Arwah sebab patah leher.

"Confirm leher patah.

“Bagi atas muka terus," tulis beberapa netizen di media sosial.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain