suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mengadu penglihatan kabur, rupa-rupanya 23 kanta lekap ‘tersangkut’ dalam mata

Doktor mengeluarkan 23 kanta lekap dari mata seorang wanita.

SEORANG pakar oftalmologi dari California, Amerika Syarikat (AS) terkejut apabila mendapati seorang pesakit yang mengadu penglihatannya kabur, rupa-rupanya mempunyai 23 kanta lekap yang 'tersangkut' di dalam matanya!

Dr Katerina Kurteeva memuat naik video yang menunjukkan dia dengan berhati-hati mengeluarkan hampir dua dozen kanta lekap dari mata wanita tersebut di kliniknya.

Pesakit wanita berusia 70-an itu dilaporkan terlupa untuk mengeluarkan kanta lekap yang dipakainya setiap hari, malah dia tidur tanpa menanggalkannya terlebih dahulu.

"Satu peristiwa yang jarang berlaku apabila seseorang 'terlupa' untuk menanggalkan kanta sentuh pada waktu malam dan terus memasukkan kanta baharu setiap pagi. Selama 23 hari berturut-turut!" demikian kapsyen pada video tersebut.

Video yang dimuat naik di laman Instagram 'California Eye Associates' meraih lebih 3.1 juta tontonan dan 85,000 tanda likes. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia