suria

Digelar ‘pakar ilmu ghaib’, bomoh cabul gadis bawah umur dengan alasan nak halau jin

Seorang bomoh ditahan kerana didakwa mencabul seorang gadis bawah umur. -gambar hiasan

SEORANG lelaki yang mengaku dirinya sebagai bomoh ditahan polis kerana mencabul seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun.

Suspek mengaku melakukan perbuatan itu untuk menghalau jin dalam badan mangsa.

Kejadian ini berlaku di Tulang Bawang Tengah di Tulang Bawang Barat (Tubabar) di Lampung, Indonesia pada Rabu malam.

Ketua Polis Tubabar, AKBP Sunhot P Silalahi mengesahkan berlaku pencabulan terhadap mangsa bawah umur dan suspek berusia 46 tahun itu telah ditahan pada Khamis.

"Berdasarkan keterengan daripada ibu bapa mangsa, penderaan seksual itu bermula apabila suspek dipanggil untuk menghalau jin yang didakwa menghantui rumah mangsa.

"Suspek sendiri dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai pakar ilmu ghaib," katanya.

Tambah Sunhot, suspek datang ke rumah mangsa untuk menjalankan upacara menghalau jin sebelum memberitahu jin telah memasuki badan mangsa.

"Suspek kemudian meminta mangsa dikejutkan dan dibersihkan.

"Suspek memberitahu upacara menghalau jin dari badan mangsa dilakukan di dalam bilik tertutup tanpa disaksikan ibu bapa mangsa. Ketika itulah mangsa dicabul,” katanya.

Mangsa memaklumkan dirinya dicabul sebaik pulang ke rumah sebelum ibu bapanya membuat laporan polis.

Suspek didakwa dengan Akta Perlindungan Kanak-Kanak dan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain