suria

Hanya guna vakum, potret Mona Lisa atas permaidani siap dalam tempoh 20 minit

Tom Quirk hasilkan lukisan menggunakan vakum dan permaidani.

PERMAIDANI dijadikan kanvas lukisan!

Kreativiti seorang lelaki terserlah apabila dia berjaya menghasilkan potret beberapa individu kenamaan termasuk Donald Trum dan Mona Lisa dengan hanya menggunakan penyedut hampas (vakum) dan permaidani.

Menurut Tom Quirk, 36, dia hanya menggunakan hos daripada pembersih vakumnya untuk melukis potret mahupun kereta lumba.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Form 2 jual lukisan anime di TikTok... kalau boleh nak langsaikan hutang keluarga, beli sofa baharu - “Hujan, panas mak tetap menyapu”

ARTIKEL BERKAITAN: Bermula dengan lukis rumput, diberi upah 50 sen... kini pemuda ini puas potret Ariana Grande menjadi! - “Dah banyak kali lukis, tapi buruk”

Bercerita tentang keseronokan itu, ujarnya, ia bermula beberapa tahun lalu semasa dia membeli-belah di Dunelm, United Kingdom dan membeli permaidani baharu.

"Semasa isteri bekerja, saya melakukan tugasan rumah dan pada masa itu saya perasan bagaimana garisan yang terbentuk daripada hasil sedutan vakum kelihatan sangat baik.

"Saya mula melakukan corak berbelang diikuti lengkungan. Minggu seterusnya saya cuba menghasilkan corak berbeza dan kemudian secara rawak saya memotretkan litar F1 Silverstone kerana waktu itu adalah minggu akhir Grand Prix Britain.

Patern yang selalu dilakukan di rumahnya.

Patern yang selalu dilakukan di rumahnya.

"Dari situ saya cuba menghasilkan wajah individu kenamaan dan popular, ia bermula dengan Jack Nicholson dan kemudiannya Mona Lisa, Slash, Pennywise, The Joker dan Donald Trump," ujarnya.

Berkongsi teknik menghasilkan lukisan itu, katanya, bahagian dalam permaidani perlu dikikis terlebih dahulu supaya dapat membentuk imej yang jelas.

"Kemudian saya mengeluarkan hos dan menambah lampiran nipis ke hujung dan menyeret gentian panjang ke arah yang bertentangan untuk mendapatkan bayang-bayang muka," jelasnya.

Dalam pada itu, Tom memaklumkan setiap lukisan yang dihasilkannya itu mengambil masa kira-kira 15 hingga 20 minit. - Metro

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain