suria

Langit bertukar warna jadi merah dan jingga, penduduk Ukraine panik selamatkan diri bawah tanah

Orang ramai di bandar itu dilihat berteduh di stesen bawah tanah dan tempat selamat di bandar. Foto: Reuters.

SERANGAN Rusia ke atas Ukraine ternyata menimbulkan rasa cemas dalam kalangan penduduk di negara itu.

Sejak serangan bermula pada 24 Februari, penduduk Ukraine mula panik untuk mencari perlindungan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat Ukraine panik, selamatkan diri... berpusu-pusu ke bank, beli barang keperluan

Bunyi letupan bom berlaku di pinggir ibu kota Ukraine, Kiev dan bunyi siren membuatkan penduduk cuba lari menyelamatkan diri.

Menurut laporan media tempatan, orang ramai di bandar itu dilihat berteduh di stesen bawah tanah dan tempat selamat di bandar.

Turut kelihatan barisan kereta yang panjang dari pusat bandar ke pelbagai pintu keluar dari Kiev.

Andrew Simmons dari Al Jazeera turut melaporkan hotel yang didiaminya bergegar sedikit akibat bunyi letupan.

"Mereka tidak berada di pusat bandar. Mereka berada di kejauhan. Langit bertukar jingga dan merah dan 15 saat kemudian anda akan mendengar letupan dari kejauhan.

"Kemudian ia semakin dekat dan kami mendengar laporan letupan di seluruh negara," kata Simmons lagi. - Kompas.com.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain