suria

Rakyat Ukraine panik, selamatkan diri... berpusu-pusu ke bank, beli barang keperluan

Rakyat ukraine berpusu-pusu di stesen metro di Kiev. foto AFP via getty images

KEADAAN tegang di Kiev, Ukraine menyaksikan penduduk mulai panik dengan mengisi minyak untuk keluar dari bandar itu menggunakan kenderaan masing-masing, pada Khamis.

Ia susulan Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan 'operasi tentera' sudah bermula di Ukraine dan mengarahkan tentera negara itu meletakkan senjata serta menyerah.

Realiti peperangan akhirnya menyedarkan ramai penduduk Ukraine yang sebelum ini menafikan bahawa Putin akan menyerang.

ARTIKEL BERKAITAN: Rusia isytihar perang ke atas Ukraine, apa sebenarnya sedang berlaku?

Ramai menghala ke sempadan barat untuk menyelamatkan diri bagi mengelakkan daripada kemasukan kereta kebal selepas Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengisytiharkan undang-undang tentera.

Penduduk beratur untuk membeli barang keperluan di pasar raya. foto EPA

Penduduk beratur untuk membeli barang keperluan di pasar raya. foto EPA

Letupan kedengaran di ibu negara Ukraine idan bandar-bandar utama lain berikutan pengumuman Vladimir Putin bahawa operasi ketenteraan telah dimulakan.

Selain menuju jalan keluar dan beratur untuk mengisi minyak, sebahagian daripada mereka singgah ke ATM untuk mengeluarkan wang terlebih dahulu.

Orang ramai juga turut dilihat berpusu-pusu ke pasar raya bagi mendapatkan keperluan asas.

rakyat ukraine REUTERS

Orang ramai beratur untuk mengeluarkan wang di ATM. foto Reuters

Stesen metro di Kiev turut menyaksikan orang ramai cuba menaiki kereta api untuk keluar dari bandar itu.

Terdahulu, presiden Rusia yang mengumumkan tindakan mereka melalui televisyen berkata, langkah itu adalah tindak balas kepada ancaman dari Ukraine.

Ramai penduduk keluar dari Kiev untuk menyelamatkan diri. foto EPA

Ramai mula keluar dari bandar Kiev menghala ke sempadan barat. foto EPA

Putin berkata, Rusia tidak mempunyai hasrat untuk menakluki Ukraine.

Jelas beliau, tanggungjawab untuk menyaksikan pertumpahan darah terletak pada 'rejim Ukraine.'

Putin juga memberi amaran kepada negara lain bahawa sebarang percubaan untuk mengganggu tindakan Rusia akan membawa kepada 'akibat yang tidak pernah mereka lihat.' - Mail Online

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Lain