suria

57 maut Rusia lancar perang ke atas Ukraine

Rakyat Ukraine mendapat perlindungan dalam stesen kereta api bawah tanah di Kiev. foto AP

SERAMAI 57 orang maut, manakala 169 lagi cedera dalam perang Rusia ke atas Ukraine.

Serangan udara menerusi peluru berpandu Rusia dilancarkan di lapangan terbang dan pangkalan tentera.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berikrar untuk memotong lebih separuh daripada import berteknologi tinggi Rusia selepas tentera Presiden Rusia, Vladimir Putin melancarkan pencerobohan berskala penuh ke atas Ukraine.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat Ukraine panik, selamatkan diri... berpusu-pusu ke bank, beli barang keperluan

ARTIKEL BERKAITAN: Rusia isytihar perang ke atas Ukraine, apa sebenarnya sedang berlaku?

Biden berkata, VTB Bank Rusia adalah antara yang dikenakan sekatan dan AS 'bersedia untuk melakukan lebih banyak lagi'.

Bagaimanapun kata beliau, tenteranya tidak akan berperang di Ukraine.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson sebelum ini berkata, rejim Putin akan dikutuk selepas melancarkan 'gelombang keganasan' terhadap Ukraine.

Terdahulu, Putin mengumumkan 'operasi tentera' sudah bermula di Ukraine dan mengarahkan tentera negara itu meletakkan senjata serta menyerah.

Putin, dalam perutusan khas melalui televisyen, mengisytiharkan perang terhadap Ukraine tanpa menghiraukan desakan Barat dan global sejak kebelakangan ini supaya jangan melakukannya. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain