suria

Arab Saudi benar kanak-kanak 12 tahun ke atas tunai umrah

Arab Saudi benar kanak-kanak 12 tahun ke atas tunai umrah.

KEMENTERIAN Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan bahawa jemaah luar berusia 12 tahun dan ke atas diizinkan untuk melakukan umrah.

Sebelum ini, kementerian tersebut hanya membenarkan jemaah luar berusia 18 tahun dan ke atas untuk melakukan ibadah umrah.

Jemaah asing yang berusia 12 tahun boleh membuat permohonan permit dengan syarat status kesihatan mereka menunjukkan mereka telah mendapat suntikan vaksin.

Status ini perlu di kemaskini di aplikasi aplikasi Qudoom, sebelum mereka boleh menempah permit untuk umrah dan solat di Masjidil Haram.

Negara-negara arab yang berada dibawah Majlis Kerjasama Teluk akan menggunakan aplikasi yang berbeza.

Syarikat umrah akan mengeluarkan permit yang diperlukan untuk jemaah yang datang dengan visa umrah dari luar Arab Saudi.

Meskipun langkah-langkah jarak selamat sudah ditarik balik, jemaah masih perlu memakai pelitup muka dan membuat tempahan untuk melakukan umrah dan solat di Masjidil Haram. - Khaleej Times

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Umrah, kanak-kanak, 12 tahun, remaja, mekah, madinah

Artikel Lain