suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arab Saudi lancar inisiatif sentuh Hajar Aswad secara maya

Arab Saudi lancar inisiatif sentuh Hajar Aswad secara maya

ARAB Saudi melancarkan satu inisiatif yang membolehkan para bakal jemaah menyentuh Hajar Aswad secara maya.

Inisiatif "Virtual Black Stone" (Hajar Aswad maya), yang dilancarkan oleh pihak berkuasa Jabatan Tapak Suci Islam itu, membolehkan batu hitam tersebut disentuh secara maya menerusi kemudahan teknologi realiti maya atau VR, lapor middleeast.in-24.

Inisiatif tersebut dilaporkan dilancarkan oleh Presiden Umum Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr. Abdul Rahman bin Abdulaziz Al-Sudais di pejabatnya.

Sheikh Dr. Abdul Rahman berharap inisiatif tersebut dapat mewujudkan simulasi keadaan sebenar.

Beliau juga menekankan pentingnya untuk mewujudkan suasana alam maya untuk merangsang sebanyak mungkin deria seperti daya penglihatan, pendengaran, sentuhan dan suasana di sekelilingnya. - Beritamediacorp

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

hajar aswad, maya, vr, sentuh

Artikel Lain