suria

Pemandu teksi jujur! Serah bagasi mengandungi barang kemas, wang tunai kepada pihak berkuasa

Kerana tindakan jujur pemandu teksi berkenaan, bagasi tersebut selamat dipulangkan kepada pemiliknya. Gambar hiasan

DALAM hiruk-pikuk kehidupan bandar, segelintir individu sering terlupa dan tanpa sengaja meninggalkan barang-barang mereka di dalam kereta, bas ataupun teksi.

Malangnya dalam kebanyakan kes, barang mereka jatuh ke tangan orang yang tidak jujur.

Walau bagaimanapun, masih terdapat insan mulia yang bersikap amanah dan memulangkan semula barangan yang ditemui kepada pemilik asal.

Seorang pemandu teksi roda tiga (rickshaw) di India mendapat pujian kerana memulangkan bagasi yang mengandungi barang kemas dan wang tunai kepada pemiliknya.

Insiden itu berlaku pada Rabu lalu, apabila pemandu teksi bernama Vinod Yadav menjumpai bagas berkenaan dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa.

Dilaporkan, bagasi itu mengandungi sepasang gelang emas, cincin, sepasang gelang kaki dan wang tunai Rs 75,000 (RM 4,231) beserta pakaian.

Polis mengesan pemilik dan menghubunginya melalui nombor telefon yang dijumpai di dalam bagasi tersebut. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain