suria

Kereta Lego terbesar dunia kini milik Arab Saudi

KERETA lego terbesar dunia ditempatkan untuk pameran di Red Sea Mall, Jeddah, Arab Saudi. — Agensi

ARAB Saudi mencipta Rekod Dunia Guinness dengan membina kereta Lego Formula Satu (F1) terbesar di dunia.

Kereta lumba tu dibina menggunakan 500,000 blok Lego dan dibina sempena menjadi tuan rumah untuk perlumbaan Grand Prix Disember depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki menang marathon angkara pendahulu perlumbaan tersilap laluan

ARTIKEL BERKAITAN: Guru desa tercantik didakwa tipu wang sumbangan orang ramai

Ia sekali gus memecahkan rekod tahun 2019 oleh Lego F1 iaitu kereta lego F1 Ferrari yang menggunakan 350,000 blok mainan tersebut.

Kereta Lego berwarna hijau itu dibina oleh Persekutuan Automobil & Motosikal Saudi (SAMF) dengan menggunakan khidmat sekumpulan pembina Lego profesional.

Kereta itu ditempatkan untuk pameran di Red Sea Mall, Jeddah.

Guinness World Records berada mengesahkan pencapaian itu, mengesahkan bahawa lebih daripada 500,000 blok Lego telah digunakan dalam pembinaan model tersebut.

Blok terakhir kereta itu dipasang oleh Ketua SAMF, HRH Putera Khalid bin Sultan Al-Abdullah Al-Faisal pada 23 September yang juga merupakan Hari Kebangsaan Arab Saudi.

Kata Al-Abdullah, dia sangat gembira untuk mengumumkan kereta Lego F1 terbesar dunia yang siap dibina dan disahkan oleh Rekod Dunia Guinness.

"Projek menarik ini adalah untuk memberi kembali kepada masyarakat kita selain mencerminkan makna dan nilai sebenar kemajuan, inovasi dan tanggungjawab sosial yang melambangkan Arab Saudi moden," ujarnya.

Arab Saudi akan menjadi tuan rumah kedua Grand Prix selepas Singapura.

Ia akan berlangsung di Jeddah Street Circuit bermula pada 5 Disember 2021.— Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

F1, lego, kereta lumba, rekod dunia, Guinness

Artikel Berkaitan

Artikel Lain