suria

Rezeki menang marathon angkara pendahulu perlumbaan tersilap laluan

PENCE menjadi pelari pertama AS memenangi acara berkenaan sejak 2001. — AP

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu.

Itulah perumpamaan yang sesuai digambarkan bagi seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) selepas berjaya memenangi sebuah acara marathon gara-gara dua pendahulu perlumbaan itu tersilap laluan.

Lelaki berkenaan, Tyler Pence menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 2 jam, 15 minit dan 6 saat malahan turut menjadi pelari AS pertama memenangi acara Quad Cities Marathon sejak 2001.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelumba kenya Sekali Lagi Dominasi Maraton Antarabangsa Jambatan P.Pinang

ARTIKEL BERKAITAN: Pelari Kenya Bolot Kemenangan Pada Standard Charted KL Marathon 2013

Dua pelari Kenya, Elijah Mwangangi Saolo dan Luke Kibet pada awalnya mendahului perlumbaan tersebut sebelum pemandu arah melakukan kesilapan membawa mereka ke laluan lain.

Pengarah perlumbaan, Joe Moreno mengesahkan kejadian itu tetapi menegaskan dua pelari berkenaan tidak sepatutnya mengikut pemandu arah itu.

"Lokasi di mana insiden tersebut berlaku, laluan itu sudah ditanda dengan baik.

"Papan tanda juga dipamerkan dengan baik. Sukarelawan turut berada situ. Mereka juga menghadiri mesyuarat sehari sebelum perlumbaan bagi mengenali lebih mendalam tentang laluan perlumbaan," ujar Moreno.

Tambah beliau, pihaknya bagaimanapun sedang pertimbangkan cara untuk memberi ganti rugi kepada Saolo dan Kibet.

Saolo yang merupakan cucu kepada pelari terkemuka Kenya, Joseph Nzau hampir mencatatkan rekod peribadinya pada perlumbaan itu sebelum insiden berkenaan berlaku. — Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain