suria

Kura-kura punya pasal, lima penerbangan tertunda 15 minit

PESAWAT milik ANA yang dihiasi gambar penyu laut gergasi merupakan antara yang terjejas angkara kura-kura berkenaan. — Agensi

GARA-GARA seekor kura-kura, lima pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo, Jepun terpaksa menangguhkan penerbangan selama 15 minit pada Jumaat lalu.

Kura-kura tersebut dilihat berada di landasan lapangan terbang berkenaan oleh seorang juruterbang lalu menyebabkan beliau menghubungi menara trafik udara.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejam! Lekat bakul atas kura-kura untuk pengunjung zoo lempar duit syiling

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk Terkejut Lembu Bunting Lahirkan Kura-Kura

Para petugas lapangan terbang itu segera melakukan pemeriksaan di landasan sepanjang 4,000 meter.

Mereka kemudiannya membawa kura-kura itu ke tempat selamat.

Menurut para pegawai penerbangan, kura-kura tersebut berkemungkinan dari kolam berhampiran lapangan terbang tersebut yang terletak kira-kira 100 meter.

Tambah melucukan, salah satu pesawat yang terjejas turut dihiasi dengan gambar penyu laut gergasi.

Pesawat Airbus 380 milik All-Nippon Airways (ANA) dihiasi gambar berkenaan bagi meraikan perkhidmatan syarikat penerbangan itu ke Hawaii, Amerika Syarikat (AS).

Hawaii merupakan lokasi yang melindungi haiwan dan menganggap haiwan adalah suci.

"Di Hawaii, penyu laut dilihat membawa tuah dan kami harap kehadiran kura-kura itu untuk melihat pesawat berlepas menandakan masa depan yang lebih cerah," kata jurucakap ANA. — Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

kura-kura, ANA, Jepun, Narita

Artikel Lain