suria

Bekas rapper Britain sertai pengganas Daesh 'kantoi' gara-gara kebab

LELAKI itu pernah menjadi seorang penyanyi rap sebelum menyertai Daesh. — Agensi

SEORANG ahli kumpulan pengganas Daesh dari Britain berjaya ditahan di Sepanyol pada tahun lalu gara-gara tabiatnya yang gemar makan kebab.

Memetik laporan media Sepanyol, El Pais, ahli Daesh tersebut iaitu bekas penyanyi rap Britain, Abdel-Majid Abdel Bary ditahan bersama-sama dua lagi individu iaitu penyeludup dari Algeria, Adbeizerrak Seddiki dan seorang rakyat Algeria, Kossaila Chollouah.

ARTIKEL BERKAITAN: Senarai 8,768 Sasaran Bunuh Daesh Disiarkan

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Sahkan Ada Cubaan Rakyat Malaysia Sertai Daesh

Laporan itu menambah, pihak polis menjejaki alamat persembunyian terletak di Almeria, tenggara Sepanyol, menerusi pesanan kebab yang ditempah secara dalam talian.

Lima hari sebelum penahanan mereka iaitu pada 15 April 2020, Adbeizerrak membeli kebab dari sebuah restoran dikenali sebagai The Kebab Shop.

Keesokan harinya iaitu pada 16 April 2020, Adbeizerrak membeli makanan itu dari restoran Makro Doner.

Pada 18 April 2020, lelaki itu membeli kebab menerusi perkhidmatan penghantaran Uber Eats, sekali gus menyebabkan polis berjaya mengenalpasti identiti Adbeizerrak yang ketika itu berada di balkoni rumah serta Abdel-Majid.

Polis terpaksa mengenalpasti identiti Abdel-Majid menerusi bentuk telinganya selepas berat badan lelaki itu bertambah sebanyak kira-kira 38 kilogram.

Pihak berkuasa kemudiannya menyerbu rumah tersebut dan turut merampas mata wang kripto, Bitcoin berjumlah 43,000 pound (RM246,735) serta beberapa bahan bukti lain.

Walaupun lebih setahun penahanannya, Abdel-Majid tidak dikenakan sebarang dakwaan tetapi para penyiasat mengesyaki dia sedang bersedia melancarkan serangan keganasan di Sepanyol.

Abdel-Majid merupakan anak kepada pengganas dikenali sebagai Adel Abdel Bari yang mengaku membunuh lebih 200 orang dalam satu insiden pengeboman di Afrika.

Ibu bapanya membawa Abdel-Majid ke London, Britain dari Mesir ketika usianya enam tahun.

Sebelum Abdel-Majid meninggalkan Britain untuk berjuang bersama-sama Daesh di Syria, dia sempat merakamkan beberapa lagu rap. — Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Daesh, kebab, Sepanyol, Britain, Syria

Artikel Lain